Thursday 28 April 2011

aku sahabat dan hati.....

aku keliru tentang perasaan ku ini...kadang kala terasa tidak layak sungguh diri ini untuk minta di sayangi...
namun sebalik tu semua,,terasa pula sunyi bila tiada yang menyayangi..Bagaimana mahu aku mengertikan semua ini kepada diri sendiri dan kesian kali pada mereka yang berada di sekeliling... Hati kecil ku ini juga tak mampu untuk menanggung semua ni sendiri.. Tapi bagaimana hendak berkongsi tatkala hati minta untuk menyendiri...kesenyapan ku itu secara tiba-tiba membawa perasaan kurang senang di kalangan sahabat-sahabat ku...pabila mereka cuba memahami apa yang terjadi dan mengapa aku begini... Sehingga pada suatu tahap lahirlah keluhan hati dari dia yang bergelar sahabat yang sepertinya sudah muak dengan sikap ku ini.. Sahabat bertanya namun jawapan ku hanyalah tiada apa-apa...ketika itu,,dari wajah sahabat itu, kelihatan riak kecewa dengan sikap dan perangai ku yang tiada siapa tahu apa puncanya.. siapa tahu dari kecewa itu,,mereka mungkin membenci dan tak lagi peduli tentang semua nie.. ya Allah.......... mungkin kesenyapan itu,telah memakan diri... Bagaimana hendak bersuara tatkala hati bertalu-talu tidak mahu mencuba... kerna hati ku tak lagi kuat menghadapi tohmahan.. Sanggupkah hati untuk terluka hanya kerna mahu menuntut satu kemahuan???? kemahuan yang mampu di bisik di hati tetapi tidak mampu ku bersuara untuk menyatakan nya pada sesiapa...... (!_!)